Gagalkan

DILEMA MELAYU SEKARANG

Modus operandi DAP selama ini adalah pecah dan perintah. Apabila Anwar ditendang dari UMNO, DAP buat baik dgn Anwar dan terus menjalinkan hubungan akrab dengan PKR. Satu ketika dulu PAS juga tertipu dengan helah DAP. Setelah PAS sedar dan meninggalkan Pakatan Rakyat, DAP wujudkan PAN untuk mengekalkan perpecahan orang Melayu. Apabila Tun marah dengan DS Najib, DAP mencadangkan supaya Tun menubuhkan PPBM.

Akhirnya impian DAP tercapai apabila tumbangnya UMNO/BN setelah orang Melayu dipecah 5.

Kini, yang paling ditakuti DAP ialah satu usaha yang bertentangan dengan modus operandi DAP ini. Apakah usaha itu? Ianya adalah PERPADUAN orang Melayu.

Maka tidak hairanlah apabila PAS dan UMNO berpakat, mereka meroyan dan melemparkan berbagai tuduhan yang tidak menasabah.

Orang Melayu wajib sedar tentang ini supaya tidak terjebak dalam permainan DAP ini. Kita tidak hairan sekiranya orang-orang seperti Siti Kasim, Anwar, Khalid, Mujahid melemparkan berbagai tuduhan terhadap persepakatan PAS-UMNO kerena mereka ini telah terbukti mendukung fahaman liberalisma dan pluralisma agama. Omputeh kata, “they have sold their souls to the devil”. Tetapi bagi kebanyakan orang Melayu, mereka sekadar ikut-ikutan dan emosi mereka mudah dipermainkan dan dimanipulasi. Sebut saja nama Najib, mereka hilang pertimbangan, tidak peduli lagi hal aqidah dan bangsa.

Bagi mereka yang masih mempunyai akal yang waras, tempoh 10 bulan ini sepatutnya sudah mampu menyedarkan mereka bahawa perubahan kerajaan ini bukanlah kerana isu DS Najib, tetapi kerana agenda yang jauh lebih besar.

Jangan izinkan DAP menjadi lebih berjaya daripada Lee Kuan Yew. Kejayaan LKY sekadar berjaya merampas Singapura daripada Tanah Melayu dan memerintah secara mutlak ke atas rakyatnya yang terdiri daripada majoriti kaum Cina. Tetapi DAP berpotensi memerintah seluruh Tanah Melayu ini walaupun majoriti rakyatnya adalah orang Melayu Islam. Itu akan menjadi kejayaan terbesar dalam sejarah kaum Cina.

Orang Melayu wajib sedar dan insaf dan bersatu menentang “grand design” DAP ini.

Leave a comment